Lack of veggies can lead to a life of obesity

Many teenage girls are not getting the nutrients they need to ensure healthy development, putting them at risk for weight-related problems and cardiovascular disease. Female adolescence is an important time for setting up adult health, as nutritional needs change because of increased growth and the beginning of menstruation, said Andy Bellatti, who runs the popular nutrition blog Small Bites. But studies have shown that on average, teenage girls are not getting enough fiber, calcium, iron, zinc, magnesium or vitamins A, E and B in their diets, and are eating too much saturated fat and sodium, said Bellatti, who is also a graduate student in New York University’s Department of Nutrition, Food Studies and Public Health. “There’s a lot of work that needs to be done,” he said. In American adolescents aged 12 to 19, the obesity rate has more than tripled from 5 percent to 17 percent over the last three decades, according to the Institute of Medicine. Research suggests that these children are likely to remain overweight into adulthood. One study showed that about 80 percent of kids who were overweight from ages 10 to 15 will be overweight as adults, and another found that 25 percent of obese adults were overweight kids. These children are at risk for weight-related health problems in the future and overweight kids are more likely than their slimmer counterparts to show risk factors associated with cardiovascular disease like type 2 diabetes or high blood pressure. As childhood obesity rises, adolescents are more often turning to unhealthy methods to control their weight. A University of Minnesota study found that nearly 20 percent of girls and women had used diet pills by the time they turned 20. The incidence of use in high schoolers nearly doubled over the five years of the study, from 7.5 percent to 14.2 percent. The study revealed that more than 60 percent of teenage girls had resorted to diet pills, laxatives, vomiting or skipping meals to control their weight, and girls who employ these extreme diet methods are also more likely to be overweight. "A lot of girls believe that the way to lose weight is to cut calories,” Bellatti said. Ironically, a pattern of crash dieting or extreme calorie restriction will eventually affect metabolism and could lead to weight gain in the future. Teenage girls between the ages of 14 to 18 should eat between 2,200 and 2,400 calories a day, Bellatti said, something that a lot of popular diets don’t provide. "If you are overweight as a teenager, it's one thing to cut your calories,” he said. “But to be at a healthy weight at this age, it's really important to get all the nutrients you need. If you're eating 1,200 or 1,400 calories a day, that's really hard to do." The U.S. Department of Health and Human Services developed a program called BodyWorks, aimed at overweight or obese girls aged nine to 13. It aims to teach tweens about healthy eating and lifestyle choices as a way to control weight. The program gets many things right, Bellatti said, but also misses on a few clear areas. While he applauds the focus BodyWorks places on eating from a variety of food groups, Bellatti said that some of the advice may play into the fat-phobic or carb-phobic attitudes that many girls develop in their teenage years. The message to limit fats doesn't distinguish between types of fats, he pointed out. It lumps heart-unhealthy saturated fat and cholesterol in with essential fatty acids like omega 3s, which are lacking in many people's diets. All diets require some fat – about one-third of calories for teenagers -- but general advice to limit fats could lead people to avoid foods like salmon or avocado, he said, even if the fats they contain are healthy. "We're living in a time when people are just not eating enough omega 3s, and we just say to everybody 'limit your fat',” Bellatti said. “What that really means is to limit your saturated or trans fat." The BodyWorks pamphlet discusses the importance of whole grains in the diet, Bellatti said, but doesn’t make it clear how many grains are needed each day. The included sample meal plan is based on the U.S. Department of Agriculture food pyramid’s recommended 2,000 calories a day, which should include six one-ounce servings of grains. But while the pamphlet advises that girls eat three servings of whole grains daily, Bellatti points out that it neglects to mention any other grain intake, leading to an unnecessary low-carb message that is already popular among young women. It’s important to promote healthy food and exercise choices in teenagers without placing an undue emphasis on diet, or making them feel like unhealthy choices are bad or lazy, Bellatti said. "A lot of times people are doing things based on wrong information," he pointed out. They may be intending to make healthy decisions and not aware that they’re doing the opposite. "Let them know, first of all, that they have choices." When Bellatti talks to teens, he puts a focus on making healthy choices now so they can enjoy their adulthood without worrying about complications during pregnancy, osteoporosis or checking their blood sugar every couple hours. "Those usually are the things that stick with them."

Muslim digalak mereka cipta ikut acuan budaya

Oleh Azrina Sobian BUDAYA reka cipta di kalangan rakyat Malaysia kurang menyerlah dan tidak diberi perhatian khusus. Masyarakat Malaysia, terutama masyarakat Melayu berasakan amalan mereka cipta bukan budaya mereka. Oleh itu, pada masa kini kita dianggap sebagai masyarakat pengguna, iaitu masyarakat yang hanya pandai mengguna ciptaan orang lain dan bukan masyarakat yang menghasilkan sesuatu ciptaan. Namun sebenarnya, tanggapan bahawa budaya reka cipta bukan budaya masyarakat Melayu juga adalah salah. Cuba perhatikan masyarakat Melayu dulu yang bijak mencipta pantun, peribahasa, syair dan pandai pula membina rumah mengikut keadaan cuaca di negara ini. Bukankah ini juga satu perbuatan mereka cipta yang boleh dikatakan tinggi nilainya? Oleh itu, menidakkan budaya reka cipta dalam masyarakat kita juga adalah tidak benar. Dari sudut pandangan hidup Islam pula, kegiatan mereka cipta mudah difahami. Apa yang perlu diingat oleh setiap Muslim, reka cipta adalah sifat dan hak mutlak Maha Pencipta yang menjadikan sesuatu daripada tiada kepada ada. Sebagai hamba-Nya, kita perlu memahami bahawa sesuai dengan kejadian dan tanggungjawab diberikan, manusia berpegang kepada amanah untuk menjaga dan memakmurkan bumi. Oleh itu, usaha untuk menambah baik kehidupan manusia di samping memelihara ciptaan-Nya adalah dituntut. Lanjutan itu, setiap Muslim digalakkan untuk memelihara daya reka cipta dianugerahkan Tuhan. Galakan itu tidak bermakna kita cuba meniru atau mengambil alih peranan Maha Pencipta tetapi lebih kepada galakan untuk meneroka dan meningkatkan kemampuan diri untuk kebaikan semua. Hasil reka cipta manusia haruslah bermatlamatkan kesejahteraan untuk semua memenuhi tiga aspek dalam masyarakat. Pertama, selalunya (namun bukan setiap masa) kegiatan reka cipta bermula dengan satu masalah. Keduanya, jika budaya reka cipta menjadi kebiasaan dalam masyarakat, maka akan terciptalah lebih banyak pemikiran atau barangan berasaskan keadaan dan budaya masyarakat kita. Perlu diingat bahawa ciptaan dihasilkan dunia Barat adalah berasaskan budaya dan cara hidup mereka. Kadangkala, apabila kita membawanya ke sini, ia tidak sesuai digunakan kerana budaya dan cara hidup mereka yang berbeza. Oleh itu, reka cipta oleh rakyat tempatan penting supaya hasil ciptaan itu mencerminkan nafas budaya dan cara hidup masyarakat kita. Ketiganya, reka cipta juga penting jika kita ingin menjadi sebuah negara maju kerana negara maju tidak boleh sentiasa meniru dan menggunakan hasil reka cipta daripada negara maju lain. Jika ini berlaku, maknanya, kita sedang meniru bulat-bulat gaya kemajuan negara lain. Peniruan dan penggunaan hasil reka cipta mungkin hanya sesuai di permulaan pembangunan sesebuah negara. Pada tahap seterusnya, negara itu sepatutnya mempunyai budaya reka cipta tempatan yang kukuh bagi menghasilkan banyak rekaan ciptaan rakyat tempatan. Inilah yang berlaku di Jepun. Pada awal pembangunannya, masyarakat negara matahari terbit itu sememangnya gemar meniru lalu menambah baik barangan atau idea daripada Amerika Syarikat. Akibatnya, barangan Jepun dianggap bermutu rendah. Tetapi kini, di mana saja barangan dan teknologi Jepun digunakan dan dianggap antara yang terbaik di dunia. Jelaslah reka cipta penting dalam masyarakat. Tetapi kenapa kegiatan reka cipta tidak begitu menyerlah dalam masyarakat Malaysia? Pada pandangan penulis, sebabnya ialah berlakunya kekeliruan dan salah faham masyarakat terhadap amalan mereka cipta ini. Antara kekeliruan itu, kebanyakan kita takut dengan perkataan reka cipta itu. Mungkin kita sering berasakan bahawa reka cipta adalah bidaah. Pandangan sebegini mungkin sudah ditanam dalam pemikiran kita yang tidak menggalakkan budaya reka cipta dan hanya mahu menurut kata mereka yang dikatakan bijak-pandai. Kebanyakan kita juga berpandangan untuk mencipta sesuatu, perlu mempunyai pengetahuan mendalam dalam sains dan teknologi. Selain itu, kita sering menganggap bahawa reka cipta hanya boleh berlaku jika mempunyai pengetahuan mendalam dalam sesuatu bidang. Sebenarnya ramai pencipta terdiri daripada orang biasa yang tidak mempunyai latar belakang pendidikan tinggi seperti Thomas Edison, pencipta mentol lampu. Ketika kecilnya, beliau sering dimarah dan dianggap gurunya sebagai pelajar yang keliru. Alexander Graham Bell (pencipta telefon) pula, meninggalkan sekolah pada usia 15 tahun. Malah, tiada yang menarik dalam rekod sekolahnya. Apa yang banyak dicatatkan hanyalah catatan ketidakhadiran ke sekolah dan keputusan peperiksaan yang tidak menarik. Malah, Albert Einstien yang terkenal juga seorang yang tidak pandai dalam matematik ketika di sekolah. Oleh itu, kepakaran atau pendidikan tinggi tidak menjamin seseorang itu akan menjadi pereka cipta yang hebat. Dalam hal ini, pandangan masyarakat perlu diubah supaya budaya reka cipta menjadi satu yang biasa dalam kehidupan masyarakat kita.

H9N2 bird flu threat understated in humans

However, flu experts at the University of Maryland, St. Jude's Children's Research hospital in Memphis and elsewhere recently wrote in the Public Library of Science journal PLoS ONE that the H9N2 strain posed a "significant threat for humans". They found that just a few mutations could turn it into a virus that people catch and transmit easily. Peiris said that while the H9N2 strain might be more transmissible, its effects would be far less devastating than a possible H5N1 pandemic. "There are other viruses out there besides H5N1 that could be the next pandemic," Peiris said. "But I suspect (H9N2) will not be so severe in its outcome." Peiris pointed out that the last three major pandemics vastly differed in their severity, with the 1918 Spanish flu pandemic killing an estimated 50 million people worldwide, whereas the "Hong Kong" flu in 1968 killed around one million. There are hundreds of strains of avian influenza virus but only four -- H5N1, H7N3, H7N7, and H9N2 - are known to have caused human infections, according to the World Health Organization.

Islam rangkumi sistem kehidupan

Bersama Abdurrahman Haqqi Barat takrif agama hanya dalam gereja terpisah daripada hidup di dunia MEMANG penulis mengikuti perkembangan Sukan Olimpik Beijing, China yang sedang berlangsung sekarang, tetapi tidak akan mengulas mengenai acara yang dipertandingkan pada kejohanan berprestij itu dalam ruangan minggu ini. Apa yang ingin penulis paparkan minggu ini ialah mengenai berita yang dilaporkan AFP Selasa lalu di mana Presiden Amerika Syarikat, George W Bush menasihati rakannya, Presiden China, Hu Jintao dan pemimpin China lain untuk tidak berasa bimbang terhadap agama. "Don't fear religion," katanya. Bahkan untuk membuktikan bahawa agama adalah kedamaian, Bush dengan bangga mengatakan di Beijing: "Laura and I just had the great joy and privilege of worshipping here in Beijing...You know, it just goes to show that God is universal and God is love, and no state, man or woman should fear the influence of loving religion." Lain yang diucap lain pula yang dibuat. Di negaranya, Bush terbukti selama ini berasa bimbang terhadap agama Islam. Islamfobia semakin menjadi pada masa pemerintahannya, malah sudah diketahui umum bagaimana beliau menjadikan Islam sebagai musuh dunia. Dia bunuh ratusan ribu bahkan jutaan Muslim di Afghanistan dan Iraq tanpa berasa salah walaupun dunia mengutuknya. Dengan kekuasaannya tidak ada yang berani mendakwanya sebagai penjenayah perang padahal dengan jelas dia sudah melakukan 'genocide'. Keadaan berbeza dengan Presiden Sudan, Omar al-Bashir kerana dia Muslim, PBB mendakwanya melakukan pembunuhan beramai-ramai di Darfur, padahal itu hanya rekaan saja bukan seperti yang kita saksikan di Afghanistan dan Iraq. Satu kemungkinan di antara beberapa kemungkinan mengapa Bush menasihati untuk tidak takut terhadap agama kerana dalam sistem kehidupan Barat agama dipisahkan dari sistem kehidupan manusia. Agama adalah apa yang ada dalam gereja, tidak lebih. Ia tidak boleh melintasi koridornya menuju kehidupan negara dalam bidang sosial, politik, ekonomi dan lain-lain. Oleh itu, kita perhatikan dalam ucapan Bush itu, beliau berasa damai di dalam gereja Protestan Kuanjie. Ini yang ditakuti Bush mengenai Islam kerana Islam bukan saja agama tapi ia juga sistem kehidupan yang menjadi 'way of life' setiap pemeluknya. Islam tidak hanya berada di masjid tetapi juga di bangunan pentadbiran kerajaan. Islam tidak hanya termaktub dalam al-Quran tapi ia juga tingkah laku manusia yang menghidupkan al-Quran. Islam tidak hanya agama yang mengatur norma dan nilai, tapi ia adalah sistem kehidupan manusia secara keseluruhannya. Al-Syahid Hassan al-Banna pernah menggariskan dalam Usul al-'Isyrin: "Islam adalah satu sistem yang syamil merangkumi seluruh aspek hidup. Islam adalah negara dan watan atau pemerintah dan umat, akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan, kebudayaan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman, material dan harta benda atau usaha dan kekayaan, jihad dan dakwah atau tentera dan fikrah, sebagaimana ia juga adalah akidah yang benar dan ibadat yang sah." Satu daripada simbol Islam sebagai agama dan sistem kehidupan dalam sukan Olimpik Beijing ialah semakin ramai atlit wanita yang bertudung terbabit dalam kejohanan itu. Mereka ialah enam dari Mesir, Iran (tiga) dan masing-masing seorang dari Afghanistan, Bahrain dan Yaman. Mereka bertanding dalam acara lari pecut, berbasikal, taekwando dan memanah. Seorang daripada atlit bertudung yang menyertai acara lari pecut ialah peserta dari Bahrain, Ruqaya al-Ghasara. Sebagai seorang atlit dan Muslimah bertudung, dia mencipta sejarah apabila meraih pingat emas dalam Kejohanan Sukan Asia Barat pada 2006. Ditanya mengenai tudung, Ruqaya menjawab, "Tudung tidak pernah jadi masalah buat saya." "Islam masuk dalam sistem sukan, bukan sekadar agama, tetapi ketika masuk ke dalamnya, mahu tidak mahu, mestilah ajarannya mengawal tingkah laku pemeluknya. Aurat, sebagai contoh, wajib ditutup kata ajarannya maka wajiblah si pemeluk menutup auratnya. Perkara inilah yang tidak diinginkan kebanyakan manusia walaupun pada akhirnya mereka juga akur dengan prinsip keagamaan ini." katanya. Tahun lalu Persatuan Taekwondo Dunia (WTF) yang beribu pejabat di Seoul, Korea Selatan melarang atlit perempuan bertudung menyertai pertandingan dengan alasan bahawa mereka tidak mengenal asas agama dan tidak akan membuat penyesuaian simbol keagamaan, termasuk tudung. 'Fatwa' ini diberikan selepas ditanya oleh Persatuan Taekwando Kanada (PTK). Bagaimanapun, selang sebulan selepas itu, satu lagi persatuan iaitu Persatuan Taekwando Antarabangsa (ITF) membenarkan atlit wanita untuk bertudung dalam pertandingan antarabangsanya di Quebec, Kanada. Islam sebagai agama mempunyai ajaran yang sesuai dengan fitrah manusia dan ia tidak pernah bercanggah dengan sifat semula jadi manusia itu sendiri. Islam sebagai sistem kehidupan mempunyai peraturan yang tidak membebankan manusia dengan peraturan ketatnya. Walhal, Islam sebagai agama dan sistem kehidupan adalah kenderaan yang ideal bagi manusia dalam mengharungi perjalanan hidup di dunia ini menuju tempat tujuan asal mereka yakni syurga. Sebagai agama, Islam sememangnya mengajak manusia untuk hidup damai. Islam sebagai sistem kehidupan sememangnya mengambil kira sifat semula jadi manusia agar diterapkan oleh mereka. Walaupun manusia itu dari segi sifat semula jadinya adalah baik, namun dia mempunyai kecenderungan untuk melakukan perbuatan yang tidak baik. Al-Quran menjelaskan maksudnya: "Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya (dengan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya); Serta mengilhamkannya (untuk mengenal jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertaqwa." (Surah al-Syams: 7-8) Sesuai dengan unsur jasmani dan rohani yang terbina dalam diri manusia, peribadi manusia mempunyai potensi untuk menjadi sebuah medan pertarungan antara dua kecenderungan: Dorongan kepada kebaikan dan dorongan kepada kejahatan. Justeru, manusia perlu menggerak dan memanfaatkan segala potensi yang ada pada dirinya agar dia dapat memastikan kecenderungan ke arah kebajikan dan sebaliknya kecenderungan ke arah kejahatan dapat dinafikan. Sistem kehidupan inilah yang dipromosikan Islam. Sistem kehidupan gabungan jasmani dan rohani ini tidak dimiliki sistem Barat kerana pertembungan falsafah Plato dan Aristotle masih ketara dalam pemikiran mereka. Plato sebagai idealis berpendapat bahawa kebaikan tertinggi hanya akan dicapai oleh manusia yang bertindak melepaskan alam intelektualnya daripada ikatan fizikal supaya dia dapat membuat renungan mengenai hakikat alam. Sebaliknya, Aristotle sebagai seorang realis berpendapat bahawa kebaikan yang wujud pada manusia bukan dalam bentuk idea, tetapi adalah hasil perlakuan manusia. Malah, ia mem-babitkan usaha serta keupayaan manusia bertindak ke tahap semaksimum mungkin. Dua pandangan berbeza dalam melihat dan menghuraikan hakikat alam oleh dua ahli falsafah agung yang menjadi teras pemikiran Barat berbanding Islam sebagai agama dan sistem kehidupan sudah pasti tidak akan seimbang. Yang satu hanyalah hasil buah fikiran manusia sedangkan yang satu lagi adalah ajaran yang sudah siap dan diturunkan Pencipta manusia untuk manusia. Yang mana satu anda pilih? Wallahu a'lam.

Hartanah milik Melayu kurang

Oleh Abdul Halim Yusof bhnews@bharian.com.my KUALA LUMPUR: Berdasarkan statistik pemilikan hartanah Kuala Lumpur, sehingga Jun 2008 masyarakat Melayu hanya memiliki 21.67 peratus iaitu 93,000 daripada 429,130 unit keseluruhan. Statistik itu yang dibentang Ketua Unit Pembangunan Harta Tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Mohd Sahak Surip, menunjukkan kaum Cina mendahului senarai keseluruhan pemilikan hartanah iaitu sebanyak 52.13 peratus atau 223,172 unit. Bagaimanapun, bagi kaum India pula pemilikan hartanah adalah sebanyak 5.10 peratus iaitu 21,880 unit manakala lain-lain kaum pula memiliki sebanyak 4.77 peratus mewakili 20,472 unit dan 16.33 peratus iaitu 70,066 dimiliki oleh syarikat atau agensi. Mohd Sahak berkata, daripada jumlah keseluruhan itu kaum Melayu memiliki 5.71 peratus iaitu 4,737 bagi kategori unit komersial berbanding kaum Cina yang jauh lebih tinggi dengan pemilikan sebanyak 48.97 peratus iaitu 40,634 unit. “Kaum India memiliki 2.85 peratus iaitu 2,365 unit dan lain-lain kaum memiliki 3.83 peratus iaitu sebanyak 3,179 unit sementara selebihnya adalah milik syarikat atau agensi iaitu 38.64 peratus atau 32,061 unit,” katanya pada forum Peranan Agensi Kerajaan dalam Meningkatkan Pemilikan Hartanah Bumiputera di Pameran dan Konvensyen Hartanah Bumiputera 2008, di sini. Beliau berkata, kaum Cina masih mendahului dalam kategori pemilikan unit kediaman dengan pemilikan sebanyak 53.08 peratus iaitu sebanyak 181,167 unit berbanding Melayu hanya memiliki 25.84 peratus dengan jumlah pemilikan sebanyak 88,209 unit. “Kaum India memiliki sebanyak 5.71 peratus iaitu 19,493 unit dan lain-lain kaum memiliki 5.04 peratus dengan jumlah sebanyak 17,194 unit kediaman. Selebihnya 10.33 peratus iaitu 35,266 unit dimiliki syarikat dan agensi,” katanya. Katanya, dalam kategori hartanah industri, kaum Cina jauh mendahului kaum lain dengan pemilikan sebanyak 39.77 peratus iaitu sebanyak 1,888 unit berbanding Melayu yang memiliki 1.12 peratus bersamaan 53 unit. “Kaum India mewakili peratusan terkecil dengan pemilikan sebanyak 0.42 peratus dengan jumlah sebanyak 20 unit berbanding lain-lain kaum sebanyak 1.77 peratus bersamaan 84 unit. “Dalam kategori ini syarikat dan agensi memiliki sebanyak 56,923 peratus dengan jumlah pemilikan sebanyak 2,702 unit hartanah industri. “Bagi kategori institusi pula, kaum Melayu hanya memiliki 1.28 peratus iaitu satu unit pemilikan hartanah berbanding kaum Cina dan lain-lain kaum yang masing-masing memiliki 29.49 dan 19.23 peratus dengan jumlah sebenar sebanyak 23 dan 15 unit manakala kaum India memiliki 2.56 peratus iaitu dua unit hartanah dan syarikat atau agensi mewakili 47.44 peratus dengan jumlah sebanyak 37 hartanah dimiliki dalam kategori pemilikan hartanah institusi,” katanya.

Banyak makan Ikan; elakan nyanyuk dan angin akhmar

NEW YORK: Sekumpulan penyelidik Finland mendapati warga tua yang kerap memakan ikan mempunyai risiko lebih rendah mengalami masalah kerosakan otak yang menjadi punca serangan angin ahmar serta nyanyuk. Manfaat ikan itu terkandung dalam semua jenis masakan ikan, kecuali yang digoreng. Dalam kajian membabitkan 3,660 dewasa berusia 65 tahun ke atas, penyelidik Finland mendapati, mereka yang banyak makan ikan terbukti kurang mengalami kerosakan pada otak yang berlaku secara senyap. Kerosakan itu membabitkan kawasan kecil otak yang mati akibat kekurangan bekalan darah, seperti yang kelihatan menerusi hasil imbasan mesin MRI. "Masalah itu disifatkan sebagai kerosakan secara senyap kerana ia tidak mempunyai sebarang simptom atau gejala ketara dan hanya boleh dikesan menerusi imbasan otak. Ia juga boleh meningkatkan risiko individu mengalami serangan angin ahmar atau berdepan masalah nyanyuk. "Manfaat ikan itu dipercayai terkandung dalam asid lemak Omega-3 yang hanya ada dalam ikan," kata penyelidik Universiti Kuopia di Finland, Dr Jyrki K Virtanen dalam edisi terbaru Neurology. Katanya, selepas diselidiki sejarah pemakanan responden, didapati warga tua itu mengamalkan pemakanan ikan seperti tuna yang sama ada hanya dibakar atau direbus. Hidangan ikan itu pula dimakan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan jumlah itu cuma satu pertiga kurang daripada mereka yang jarang makan ikan dan terbukti mengalami masalah kerosakan otak. Penggemar ikan juga didapati kurang menghidap masalah itu biarpun dalam tempoh lima tahun kemudian. Penyelidik itu bagaimanapun menegaskan, mereka tidak menemui sebarang manfaat hasil memakan ikan digoreng dan makanan seperti burger ikan dan ketulan ikan yang digoreng. – Reuters