[FFCrew Note] Dulu dan Kini

Dulu, time lepas SPM semua orang sibuk dengan Friendster. So, aku pun create 1 akaun friendster aku...
 
Then, dalam masa yang sama jugak Myspace pun keluar, so, aku create la myspace.......
 
Tak lama lepas tue, tagged, aku create.. tp x aktif sebab layout die same dengan myspace & friendster.
 
1 tahun setengah sebelum nie, ada satu lagi sosial website yang ramai pulak orang minat. Facebook. nampak macam ade lain sikit dengan Fs da Ms. So, aku pun tanpa segan silu, create satu account... e-mail die khairulanwar@live.com / add yer
 
then, orang ckp twitter best.. so, aku create la twitter yang konsep die lain dengan fs, ms, dan fb. 
bukak la twitter aku twitter.com/khairulanwarQ
* yang nie sosial network jer..
google maps pulak, dulu, aku gunakan googlemaps nie nak tgk bumbung rumah aku jer.. best tau.. ada jugak bumbung rumah aku dalam google maps.
 
tp, setelah sekian lama aku dah nampak jalan-jalan nak ke rumah aku... best gak
 
sekarang nie aku selalu gunakan googlemap sebelum aku keluar rumah. print out direction jer then nnt guna.. nak jejalan...
 
lagi best... x yah nak sesat-sesat dan servay jalan, dulu.... hanya dengan 1 klick sahaja. thanks to google maps.

[FFCrew Opinion] Ariffin perlu dikenakan hukuman yang tegas

Penganggur mengaku tidak bersalah sebabkan kematian wanita mengandung

20/05/2009 12:39pm

BATU PAHAT 20 Mei — Seorang penganggur berusia 26 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menyebabkan kematian dan kecederaan terhadap seorang wanita mengandung, Jamilah Selamat dalam kejadian rompak awal bulan ini.

Mohamad Ariffin Anang dari Taman Flora, di sini dituduh mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian Jamilah dalam kejadian pada 7.15 malam, 3 Mei lepas di Jalan Kaloi, Air Hitam.

Tertuduh yang kelihatan tenang sepanjang tempoh prosiding turut dituduh menurut Seksyen 394 kanun yang sama kerana menyebabkan kecederaan kepada mangsa ketika merompak dalam kejadian yang sama. - Bernama

Penganggur yang mencari duit dengan cara yang tidak dihalalkan oleh Islam ini perlu dikenakan hukuman yang berat. Kegiatanya yang menyebabkan kematian seorang ibu yang mempunyai anak yang perlukan kasih sayang seorang ibu. KEJAM sungguh ko ARIFFIN.

 

Kenapa ARIFFIN ko sanggup berbuat begitu? Tidakkah kau mempunyai belas kasihan terhadap anak-anak dia? atau ko katakan ko tidak sengaja atas perbuatan ko? Ko sengaja bukan? Ko menarik beg tanggan die untuk mendapatkan duit? adakah beg tangan itu ko yang punya? Wanita tersebut hendak mempertahankan yang hak? Adakah salah perempuan itu? 

 

ARIFFIN, jika makhamah mengenakan hukuman MATI terhadap engkau. Engkau terimalah, kerana engkau terlebih dahulu membuat DOSA besar dengan menyebabkan kematian terhadap seorang IBU dan hilang kasihsayang kepada anak-anak IBU itu. 

 

MUNGKIN HUKUMAN DIDUNIA INI MENGURANGKAN DOSA KO DIAKHIRAT KELAK!!

Selamat Pengantin Baru Kak Put dan Vibrate

FFCrew Team, ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada kak put dan vibrate. Semoga kekal hingga ke anak cucu. Ha, kalau dah kahwin, jangan lupa dengan kite org yer... adik-adik GPMSUiTM skali...

[FFCrew Cars] Proton Exora vs New Produa MPV

Ketika kita sedang berbangga dengan Proton Exora, sekali lagi Proton terpaksa akur dengan pesaingan daripada pengeluar kereta nasional kedua Perodua. Setelah mereka berkayakinan untuk menguarkan "the first Perodua MPV" pada Nov 2009 ini. 
 
Perodua MPV ini bukanlah kereta buatan tempatan 100%. Sepertimana yang anda tahu, Perodua sentiasa menggunakan modal kereta daripada model Dihatshu yang kini telah menjadi anak syarikat Toyota. 
 
Perodua MPV kali ini diambil model daripada Toyota Passo Satte yang telah mendapat pasaran di Jepun. Kenderaan ini telah dijual di Jepun. Menggunakan teknologi daripada toyota, saya yakin dan percaya kenderaan ini mampu bersaing dengan proton. 
 
Dalam tempoh yang singkat ini, diharap proton dapat meluaskan pengeluaran kereta Proton Exora mereka secepat mungkin. Tinggal lagi 6 bulan dan masa yang singkat ini untuk Exora monopoli jualan kereta tempatan.
 
Dibawah adalah gambar-gambar Perodua MPV

[FFCrew wish]Selamat Hari Ibu

Selamat Hari ibu diucapkan kepada ibu tersayang
 
Pn Jemaah Bt Hj Abdul Wahab
 
Beliau telah banyak berkorban untuk dirimu. Semoga ibu terus dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.

[FFCrew event] KBAZ!!! Berjaya dengan Jayanya

Tahniah diucpkan kepada Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) bersama Aman Malaysia Bhd yang telah berjaya melaksanakan satu program yang amat bermakna buat diri kami generasi muda.
 
Konvensyen BERKAHIRNYA AGENDA ZIONIS yang telah dijalankan di Dewan Merdeka, PWTC pada 9 Mei 2009 bagi saya adalah satu konvensyen yang jelas kepada semua peserta berkenaan dengan zionis. 
 
Paling membagakan saya seramai lebih kurang 3000 orang telah mengikuti program ini yang kebanyakan daripada mereka, merupakan golongan belia. Seramai lebih kurang 80% merupakan golongan belia. Tahniah kepada golongan belia. 
 
Panelis terdiri daripada Dr Azzam Tamimi (seorang aktivitis dan ahli akedemik Palestin), Dr Mohsen Salleh (Pengarah Alzantouna Centre of Studies and Consultanions, Berut) dan Dr Roslan (Journalis Palestin / pensyarah UM).
 
Konvensyen telah dirasmikan oleh Musfi Perlis SS Dr Juada Jaya (Mufti Kerajaan Negeri Perlis) yang juga bersama-sama dalam konvensyen ini. 
  Turut kelihatan junior/senior  sekolah saya daripada SMKA Pedas. Bersama-sama saya semasa itu adalah Sdr Mohd Abd Rauf Tumiran, Mohd Izzudin Abd Razak dan Mohd Muazzin Yassin.
 
Insyallah, saya akan transalate kan serba sedikit modul pada konvensyen hari ini.
 
Tahniah Semua!!