Cara Terbaik Menguruskan masa di bulan Ramadhan
Pada hari isnin ini iaitu 1 September 2008, umat islam di seluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan yang penuh dengan rahmat. Iaitu bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan juga adalah bulan yang penuh dengan fadhilat yang harus dikejar oleh setiap umat islam bagi mempertingkatkan kualiti keimanan dan ketakwaan.
Bulan Ramadhan juga adalah bulan yang diutamakan, Allah SWT telah menurunkan al-Quran dalam bulan ini dengan firman Allah SWT yang bermaksud : “Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah” (Al-Baqarah:185)
Bagaimana cara terbaik untuk menguruskan waktu belajar semasa Bulan Ramadhan ini. Di bawah ini, kami berikan beberapa Tips yang boleh anda ikuti sepanjang bulan Ramadhan ini supaya anda dapat menguruskan masa dengan sebaiknya.
1. Jangan tidur selepas sahur – Waktu yang paling ideal untuk anda bersahur adalah sebelum masuknya waktu imsak. Selepas sahaja anda selesai bersahur, belajarlah semula. Jikalau anda tidur, anda akan mendapati badan anda keletihan sepanjang siang. Menurut kajian, jikalau anda tidur selepas subuh, badan anda akan terasa letih selepas jam 9.00 pagi. Ini akan menganggu konsentrasi pembelajaran anda di awal pagi. Tetapi, jikalau anda mengambil keputusan yang bijak, iaitu dengan tidak tidur selepas sahur. Anda akan mendapati badan anda akan segar sehingga lebih kurang jam 11.00mlm.
2. Dapatkan sedikit rehat pada waktu tengah hari – Dengan baring lebih kurang 20 minit. Sudah cukup bagi anda untuk mendapat kesegaran semula yang berpanjangan. Tetapi, pada awal Ramadhan ini, setkan waktu di jamtangan anda supaya anda hanya tidur selama 20 minit sahaja. Kerana, mungkin kita akan terus tertidur sehingga petang hari.
3. Tidak minum, minuman yang mengandungi ais semasa berbuka – Seelok-eloknya, berbukalah dengan mengunakan air panas atau air suam. Jikalau anda ingin, minum, minuman yang mempunyai ais. Minumlah selepas melakukan solat tarawikh. Minum air sejuk pada waktu berbuka boleh menyebabkan anda letih dan lesu.
4. Tidak membuang masa - masa yang ada pada bulan Ramadhan adalah masa yang sangat berharga. Jikalau anda bazirkan masa anda dengan aktiviti atau perkara yang kurang/tidak berfaedah. Anda akan terlepas nikmat sebenar pada bulan Ramadhan.
5. Belajar dengan penuh kesungguhan di siang hari dan beribadat dengan penuh kesungguhan di malam hari. Justeru, dapat seimbangkan diri anda di dunia dan di akhirat.
Waktu Ramadhan, adalah waktu yang penuh dengan keberkatan. Jangan disia-siakan kedatangannya. Lakukan ibadat kepada Allah SWT.
“Belajar Terus Belajar”
0 orang yang membebel:
Post a Comment