[bicara FFCrew] Hayati perjuangan Rasullah s.a.w
FFCrew terpaksa berkorban lebih untuk meningkatkan ilmu FFCrew yang tak banyak nie. Disamping meminta pertolongan dari yang maha Esa. FFCrew yakin, dengan usaha dan tawakal insyallah kita akan berjaya. Tapi yang penting adalah usaha. Kerana usaha adalah tangga kejayaan. Dan usaha disusuli dengan tawakal.
Setiap hari, selepas solat isyallah FFCrew berdoa agar kita semua akan sentiasa dirahmati oleh Allah swt, dikuatkan iman dan tergolong daripada orang-orang yang soleh dan solehah.
Sempena maulidurasul minggu lepas, FFCrew yakin kebanyakan dari kita menghayati perjuangan rasulullah s.a.w. Betapa syangnya baginda dengan umatnya. Sehinggakan rasullah pernah berdoa kepada Allah swt yang bahawasanya, baginda tidak meredhoi kaumnya dimasukkan kedalam api neraka. Ya Allah betapa sayangnya rasulullah s.a.w. Persoalannya disini, pernahkah anda mengigati Rasulullah s.a.w ataupun anda hanya sellau mendengar apa yang Rasulullah s.a.w berkaya, tetapi tidak langsung teringat akan baginda.
FFCrew percaya, kalau kita hayati betul-betul kisah Rasullah s.a.w satu persatu tentu diakhirnya anda akan berasa begitu sedih terutamanya apabila tiba saat kematian Rasullah s.a.w. FFcrew apabila membaca buku sejarah hidup Rasullah s.a.w, FFCrew berasa begitu hebatnya ahklak, budi dan kasihnya baginda kepada umatnya. Teringin FFCrew untuk mencontohi Rasullah s.a.w. Insyallah, FFCrew cuba.
Pembaca sekalian, disetiap rumah, belilah buku Sejarah kehidupan Nabi Muhammad S.A.W banyak terdapat di kedai-kedai buku yang terdapat pelbagai keluaran. Bila anda semua baca, hayatilah perjuangan baginda. Kisah hidup baginda itu sebenarnya lengkap untuk dicontohi. Bagaimana Rasullah s.a.w menyampai dakwahnya, kemudian ditentang oleh bapa saudaranya sendiri. Bagaimapula kehidupan Rasulullah s.a.w sebagai seorang anak yatim piatu. kehidupan Rasullah s.a.w dengan Aishah r.a. dan pergaulan Rasullah s.a.w dengan para sahabat. Sepanjang 63 tahun kehidupan Rasullah s.a.w banyak perkara yang perlu kita ikuti dan contohi.
Jom, penuhkan rumah sahabat sekalian dengan hadith Rasullah dan buku sejarah hidup Rasullah s.a.w untuk kita amalkan sepanjang hidup kita... ameen
0 orang yang membebel:
Post a Comment