Kemiskinan Bukan Penghalang Kejayaan

Keputusan SPM yang telah diumukan pada khamis lepas telah membuktikan sekali lagi, bahwa anak melayu adalah seorang yang bijak pandai dalam segala aspek. Walaupun mengalami kemiskinan, ia bukan satu penghalang utama untuk anak melayu itu terus pandai dan menjadikan ilmu pengetahuan sebagai medan untuk terus mencipta nama. Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal telah membuktikan bahawa kemiskinan bukan penghalang untuk mendapat kejayaan. Kekusahan hidup yang dialmi oleh adik Nur Madihah ini menjadi aspirasi bagi semua bangsa Melayu untuk menjadi cemerlang dalam bidang akedemik. Semenjak kecil lagi, adik Nur Madihah uini sudah nampak kecermrlangan dalam dirinya. keputusan Ujian Pencapaian Sekolah rendah (UPSR) beliau adalah 5A, Penilaan Menengah Rendah (PMR) 9A dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalam sebanyak 20A. Keputusan PMR adik Nur Madihah adalah antara keputusan PMR yang terbaik di peringkat kebangsaan. Dan rekod yang sama tetap dipegang oleh adik Nur Madihah untuk menjadi yang terbaik dalam SPM peringkat kebangsaan. Untuk pengetahuan semua adik Nur Madihah bukannya dari kelaurga yang senang. Hidup yang serba kekuranganterpaksa beliau hadapi untuk mencapai kejayaan. Ayah Nur Madihah hanya bekerja sebagai seorang Nelayan dan ibunya hanya seorang tukang sapu sampah. Menurut akhbar Berita Harian KOTA BHARU: Anak pasangan nelayan dan tukang sapu, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal, membuktikan kemiskinan bukan halangan untuk berjaya dalam pelajaran apabila meraih pencapaian cemerlang 20A termasuk 1A2, dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 yang diumumkan semalam. Nik Nur Madihah, 18, turut mencipta rekod sebagai pelajar terbaik Maahad Muhammadi (Perempuan) di sini, apabila mendapat A1 bagi Bahasa Melayu; Bahasa Inggeris; Pendidikan Islam; Sejarah, Matematik; Sains; Kesusasteraan Melayu; Geografi; Bahasa Arab Tinggi; Matematik Tambahan; Perdagangan; Prinsip Perakaunan; Ekonomi Asas; Fizik; Kimia dan Tasawwur Islam. Beliau turut mendapat A1 dalam Pendidikan al-Quran dan As-Sunnah; Pendidikan Syariah Islamiah dan English for Science dan Technology. Satu-satunya mata pelajaran yang beliau mendapat A2 ialah Biologi. Nik Nur Madihah berkata, kejayaan cemerlangnya itu adalah hadiah kepada ibu bapanya, Nik Mohd Kamal Husin, 42, dan Mariani Omar, 40, yang sentiasa memberi penekanan terhadap kepentingan menuntut ilmu dalam usaha merubah kehidupan dan kemiskinan keluarga. “Keluarga saya miskin, bapa hanya nelayan, ibu pula tukang sapu di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), namun mereka adalah kebanggaan saya kerana sentiasa memberi dorongan untuk mencipta kejayaan. “Guru-guru di Maahad Muhammadi juga banyak membantu kerana mereka sentiasa memberi perhatian dan sedia memberi tunjuk ajar pada bila-bila masa kerana saya mengambil 20 mata pelajaran dalam SPM dengan sasaran awal mahu memperoleh 18A. “Saya mengulang kaji awal pagi setiap hari selepas bersolat tahajud dan membaca al-Quran yang menjadi amalan sejak di sekolah rendah lagi. Berikutan tidak mampu mengikuti kelas tambahan di luar kerana mahal, saya beri tumpuan sepenuhnya ketika dalam kelas,” katanya. Anak jati perkampungan nelayan, Kampung Parang Puting dekat Pantai Sabak itu, ditemui selepas menerima keputusan peperiksaan yang disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Mohd Amar Nik Abdullah, di sekolah terbabit, semalam. Hadir sama Pengetua Maahad Muhammadi (P), Zainah Abdullah dan Pelajar Terbaik SPM 2006 dari sekolah itu, Siti Fatimah Mokhtar, yang mendapat 18A termasuk 1A2. Nik Nur Madihah berkata, peluang mengikuti Seminar Skor SPM anjuran Berita Harian tahun lalu, banyak membantunya menghadapi peperiksaan selepas mendapat pendedahan kaedah terbaik menjawab soalan. Beliau yang bercita-cita melanjutkan pengajian dalam bidang Fizik di Asia Barat. berkata, keputusan dicapainya itu membuktikan kejayaan dalam pelajaran mampu dimiliki sesiapa saja yang mempunyai keazaman dan bukannya bergantung kepada latar belakang keluarga saja. Kecemerlangan Nik Nur Madihah bermula sejak di sekolah rendah lagi apabila mendapat 5A bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan 9A bagi Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada 2006.. Sementara itu, Mariani berkata, sebagai ibu, beliau dan suaminya sentiasa mendoakan kejayaan untuk empat anak mereka dan menanam kesedaran terhadap kepentingan ilmu demi mengubah masa depan. “Saya dan suami hanya berpendapatan antara RM500 dan RM600 sebulan dan memastikan anak tidak tercicir dalam persekolahan, kami terpaksa berjimat cermat membiayai persekolahan mereka,” katanya. Gambar dibawah menunjukan, teratak yang didiami oleh keluarga adik Nur Madihah Begitulah, susahnya hidup adik Nur Madihah untuk mencapai kejayaan. Kami (GPMS UiTM) berharap agar kejayaan yang diperolehi oleh adik Nur Madihah ini dapat menjadi aspirasi dan inspirasi kepada semua yang masih belajar supaya terus cemerlang kerana kita harus SEDAR ATAS KEMUNDURAN KAMI DI ALAM PENGETAHUAN. Teruskan Menuntut Ilmu hingga akhir hayat. KHAIRULANWAR BIN ABU MANSOR, GPMS UiTM Malaysia

1 orang yang membebel:

  1. Anonymous said...
     

    bagusla die dapat 20A coZ nak ubah nasib keluarga die sapa lagi kalu bkn die yg kena ubah nasib kuarga sndiri...tul x Undang??kawanmu Azrey

Post a Comment