Hartanah milik Melayu kurang

Oleh Abdul Halim Yusof bhnews@bharian.com.my KUALA LUMPUR: Berdasarkan statistik pemilikan hartanah Kuala Lumpur, sehingga Jun 2008 masyarakat Melayu hanya memiliki 21.67 peratus iaitu 93,000 daripada 429,130 unit keseluruhan. Statistik itu yang dibentang Ketua Unit Pembangunan Harta Tanah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Mohd Sahak Surip, menunjukkan kaum Cina mendahului senarai keseluruhan pemilikan hartanah iaitu sebanyak 52.13 peratus atau 223,172 unit. Bagaimanapun, bagi kaum India pula pemilikan hartanah adalah sebanyak 5.10 peratus iaitu 21,880 unit manakala lain-lain kaum pula memiliki sebanyak 4.77 peratus mewakili 20,472 unit dan 16.33 peratus iaitu 70,066 dimiliki oleh syarikat atau agensi. Mohd Sahak berkata, daripada jumlah keseluruhan itu kaum Melayu memiliki 5.71 peratus iaitu 4,737 bagi kategori unit komersial berbanding kaum Cina yang jauh lebih tinggi dengan pemilikan sebanyak 48.97 peratus iaitu 40,634 unit. “Kaum India memiliki 2.85 peratus iaitu 2,365 unit dan lain-lain kaum memiliki 3.83 peratus iaitu sebanyak 3,179 unit sementara selebihnya adalah milik syarikat atau agensi iaitu 38.64 peratus atau 32,061 unit,” katanya pada forum Peranan Agensi Kerajaan dalam Meningkatkan Pemilikan Hartanah Bumiputera di Pameran dan Konvensyen Hartanah Bumiputera 2008, di sini. Beliau berkata, kaum Cina masih mendahului dalam kategori pemilikan unit kediaman dengan pemilikan sebanyak 53.08 peratus iaitu sebanyak 181,167 unit berbanding Melayu hanya memiliki 25.84 peratus dengan jumlah pemilikan sebanyak 88,209 unit. “Kaum India memiliki sebanyak 5.71 peratus iaitu 19,493 unit dan lain-lain kaum memiliki 5.04 peratus dengan jumlah sebanyak 17,194 unit kediaman. Selebihnya 10.33 peratus iaitu 35,266 unit dimiliki syarikat dan agensi,” katanya. Katanya, dalam kategori hartanah industri, kaum Cina jauh mendahului kaum lain dengan pemilikan sebanyak 39.77 peratus iaitu sebanyak 1,888 unit berbanding Melayu yang memiliki 1.12 peratus bersamaan 53 unit. “Kaum India mewakili peratusan terkecil dengan pemilikan sebanyak 0.42 peratus dengan jumlah sebanyak 20 unit berbanding lain-lain kaum sebanyak 1.77 peratus bersamaan 84 unit. “Dalam kategori ini syarikat dan agensi memiliki sebanyak 56,923 peratus dengan jumlah pemilikan sebanyak 2,702 unit hartanah industri. “Bagi kategori institusi pula, kaum Melayu hanya memiliki 1.28 peratus iaitu satu unit pemilikan hartanah berbanding kaum Cina dan lain-lain kaum yang masing-masing memiliki 29.49 dan 19.23 peratus dengan jumlah sebenar sebanyak 23 dan 15 unit manakala kaum India memiliki 2.56 peratus iaitu dua unit hartanah dan syarikat atau agensi mewakili 47.44 peratus dengan jumlah sebanyak 37 hartanah dimiliki dalam kategori pemilikan hartanah institusi,” katanya.

0 orang yang membebel:

Post a Comment