[Citer] Sokongan tak berbelah bagi

Semalam FFCrew telah mengadakan meeting untuk dinner course FFCrew yang insyallah akan dijalankan pada 4 April 2009 dekat Intekma Resort. FFCrew sebenarnya, merasakan ada team work dari semua part yang kukuh untuk FFCrew menjalankan Dinner sem nie. Insyallah,FFCrew selalu berharap agar, dinner kali ini meriah. Tadi, FFCrew dapat satu idea untuk majlis perasmian, yang FFCrew akan bawa ke meeting akan datang. FFCrew harap ajk yang lain setuju la cadangan FFCrew nie.. Hari nie FFCrew sekali lagi lambat 10 minit ke kelas, tapi nasib baik lecturer FFCrew lagi lambat daripada FFCrew sendiri… jadi, menjadikan FFCrew sebenarnya tak la lambat.. berbanding lecturer FFCrew. Tapi, FFCrew akan datang awal lagi, panjat lagi dengan cepat bukit UiTM Malaysia. Hari nie jugak, FFCrew punya phone kene block dengan Celcom. So, no phone utama FFCrew tak dapat nak call orang lain.. FFCrew mintak maaf atas masalah teknikal ini. Diharap, lepas nie masalah ini akan dapat disettlekan besok (3 March 2009). FFCrew sebenarnya dah banyak makmal dah habis, So, FFCrew akan balik la pada hunjung minggu nie, maklumla pada hari Isnin kan cuti. So, FFCrew akan bersama dengan keluarga FFCrew pada hujung minggu ni.. Sebenarnya, FFCrew rindukan masakan ibunda FFCrew. FFCrew sebenarnya, nak ucapkan ribuan terimakasih kepada AfifSempoi kerana memberikan pingat dan anugerah kepada FFCrew. Walaupun dalam anugerah itu tertulis, fakta ke? Tapi, kalau FFCrew akan bagi fakta harap AfifSempoi akan baca la… FFCrew bercadang untuk upgradekan lagi laman web fikirfakta.blogspot nie.. menjadikan lebih hebat daripada apa yang ada sekarang. Mungkin banyak aspek yang FF Crew perlu ubah. Kita tunggu perubahan yang ada pada FikirFakta. Mungkin dia akan lebih gempak. Ohya, FFCrew mengucapkan tahniah kepada semua yang telah terlibat dalam menajyakan program Selangkah ke Alam Universiti (SKAU) yang dianjurkan oleh GPMS UiTM Malaysia selama 4 Siri. Sebulan tue.. Kita memenatkan hujung minggu untuk program yang berjaya nie. FFCrew amat bangga setelah mendengar ucapakan daripada Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah tue, yang mengatakan guru-guru dan pelajar yang hadir memberikan respons yang positive dan baik pada kali nie. FFCrew harap, GPMS UiTM dapat teruskan program ini, mungkin diperluaskan kepada cawangan khas GPMS lain. Supaya mereka dapat melakukan perkara yang sama. Supaya semua pelajar yang masih bersekolah terutamanya yang nak ambik SPM nie, mempunyai target yang jelas dan terang untuk masuk U untuk berjaya. Afifsempoi, x nak ke buat benda nie kat UTP. Pada SKAU yang lepas FFCrew dapat banyak pengajaran. Yang pertama FFCrew tahu, betapa pentingnya kita bersatupadu, ikhlas dalam melaksanakan tugas dan sumbangkanlah ilmu itu dengan baik dan betapa pentingnya kalau kita kongsi ilmu yang bermanfaat sebab nanti Allah akan balas dengan baik. Daripada FFCrew melepak kesana-sini dihujung minggu, baik FFCrew melakukan perkara yang berfaedah. Pada hujung minggu nie, FFCrew nak tengok Geng la, ada sesape x nak temankan FFCrew tengok Geng. Tapi hari ahad kot, sebab hari Sabtu, FFCrew nak tolong kawan-kawan FFCrew siapkan keje makmal. Apa Mesej pada penulisan FFCrew kali ini -Kita kene ucapkan terimakasih kepada mereka yang membantu kita. Menghargai jasa dan pengorbanan mereka yang telah membantu kita. - Sokong apa sahaja yang kawan kita buat untuk kita agar, tidak mendatangkan kekecewaan kepada dia. Kalau ada silap bagitahu die… Bagi semangat untuk dia berjaya (Khas untuk afifsempoi) - Berusaha dengan gigih untuk mencapai kecemerlangan yang diimpikan. - Berkongsi ilmu dengan orang lain, supaya ada pahala yang mengalir bila kita dah x de didunia ini.

0 orang yang membebel:

Post a Comment