[fakta FFCrew] Kraftangan simbol Negara
Kraftangan simbol Negara
Karftangan adalah produk kebangaan Negara. Produk kebanggan kita sebgai anak Malaysia. Kita harus berbanggan dengan segala bentuk kraftangan yang dihasilkan oleh anak Malaysia. Kraftangan Malaysia terlampau banyak jenis, dari rantai sehingga binaan rumah. Sungguh hebat, kraftangan Malaysia ini.
Jika kita teliti secara halus, kraftangan Malaysia tidak sama dengan Kraftangan yang dihasilkan dari Negara-negara lain seperti China dan Arab Saudi. Kraftangan dari Malaysia adalah kraftangan berunsurkan alam semulajadi. Jika kita lihat kraftangan China pula, ia berusurkan haiwan seperti naga dan kraftangan Arab Saudi adalah berunsurkan corak Islam bersegi. Seperti mana di lihat pembinaan di Masjid-masjid baru.
Apakah langkah kerajaan untuk kraftangan Malaysia?
Alhamdulillah, kerajaan telah mengambil langkah yang drastic untuk memastikan kraftangan Malaysia sampai ke pengetahuan luar Negara. Disamping, dapat meningkatkan ikonomi usahawan Bumiputera yang kebanyakannya terlibat dalam bidang kraftangan ia dapat juga memperkenalkan Malaysia di mata dunia. Sebagai contoh, kerajaan Malaysia telah memperkenalkan kain batik ke Negara-negara luar yang menjadi minat bagi mereka untuk membeli batik. Baru-baru ini, dipetik daripada majalah Kraf kelauran Kraftangan Malaysia edisi Jan – Mac 09 dikabarkan kraftangan Malaysia telah memasuki Harrods, London. Kraftangan Malaysia menjadi tarikan ekslusif disana. Di Malaysia pula, kalau kita lihat perkebangan positif kraftangan Malaysia adalah kita dapat lihat penjualan batik Malaysia di jahit oleh jenama-jenama popular dari Barat seperti John Master dan D’urban. Tapi, saya tidak pasti adakah pasaran batik itu hanya di Malaysia ataupun turut dipasarkan di luar Negara.
Apakah peranan ahli kraf?
Bagi saya, ahli kraf adalah orang yang membuat hasil kraftangan tersebut. Peranan ahli kraf seperti adalah mereka harus reka atau hasilkan sesuatu yang lebih komprehensif dan mudah guna. Supaya, barang yang dihasilkan mempunyai ciri-ciri kemelayuan, selalu dan mudah digunakan.
Kita sebagai pengguna?
Kita haruslah memberi sokongan kepada mereka 100% dengan hasil kraf buatan Malaysia. Tidak perlulah diperkecil-kecilkan benda ini. Kraftangan adalah kebanyakan hasil keluaran Bumiputera. Jadikanlah barangan kraftangan ini sebagai satu barang yang asas anda.
Bagaimana hasil kraftangan Malaysia boleh dipelbagaikan?
Cadangan saya adalah pertama kita gunakan hasil kraftangan nie dalam industri binaan. Dimulakn dengan pembuatan hotel-hotel, bangunan pejabat dan rumah. Ini adalah kerana, rumah hasil kraftangan adalah sangat indah jika pandai “decorate” dan sususan yang teratur. Dan die boleh dipermodenkan dan menjadi rekaan ekslusif. Percayalah, dari binaan boleh dibawa kepada rekaan yang kecil-kecilan.
Cadangan yang kedua adalah kita buat satu landscape berunsur kraf di kediaman rumah atau halaman pejabat. Ini mengindah pemandangan halaman rumah kita
Akhir sekali, jom kita berkunjung ke Hari Kraf Kebangsaan 2009 bertempat di Jalan Conlay Kuala Lumpur dari 19-30 Mac 2009. Untuk maklumat lanjut layari laman web ini http://www.kraftangan.gov.my
0 orang yang membebel:
Post a Comment