[Pendapat FFCrew] PPSMI ramai sudah berkata-kata

Agaknya, sudah tidak ada isu yang perlu dibangkitkan. Kenapa isu PPSMI perlu diheboh-hebohkan terutamanya kepada pakatan pembangkang. FFCrew amat malu, kerana ia memalukan FFCrew sebagai bangsa Melayu malu dengan segelintir sahabat sebangsa FFCrew yang sanggup bercekam lidah, sanggup menabur fitnah dan sanggup tikam dari belakang terhadap bangsa sendiri hanya kerana jawatan dan status masing-masing. Bangsa FFCrew memang sekarang dikalangan pemimpinya tidak bersatu-padu. Malu FFCrew dengan kaum lain di Malaysia terutamanya bangsa yang memegang tungak ekonomi Negara iaitu kaum Cina. Wahai pemimpin Melayu bersatulah demi menyelamatkan Negara dan Bangsa. Sahabat sekalian, isu Pembelajaran dan Pengajaran Dalam Bahasa Inggeris ini adalah satu isu yang hangat diperkatakan setelah lebih daripada 6 tahun berlangsungnya perkara ini. FFCrew pada mulanya Sains dan Math dalam bahasa Inggeris semenjak FFCrew sekolah di sekolah menengah semasa itu FFCrew di tingkatan 5. Memang FFCrew sokong benda ini. Tapi, FF Crew masih tertanya-tanya kenapa benda ini perlu dimansuhkan. Adakah anda sedar, jikalau sains dan matematik dipelajari dalam bahasa Melayu, apakah yang terjadi kepada anak bangsa kita yang akan melanjutkan pelajaran mereka di peringkat Univerisiti samada dalam Negara ataupun luar Negara. Bagi FFCrew, jika di peringkat sekolah menengah kita belajar dalam bahasa melayu, tiba-tiba apabila masuk di universiti, pelajar tersebut TERPAKSA belajar Sains Dan Matematik dalam bahasa Inggeris. By hook or by crook mereka kene belajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris kerana buku rujuan 95% dalam bahasa Inggeris. FFCrew akan membangkang PPSMI jika kita bangsa Melayu sudah menguasi bidang pendidikan dan buku rujukan penuh dengan Bahasa Ibunda FFCrew sendiri. Universiti Teknologi Mara (UiTM) adalah salah sebuah institusi pendidikan bumiputera yang mengamalkan konsep pembelajaran dalam bahasa Inggeris. Bagi FFCrew, tiadapun kekeluhan dikalangan mahasiswa-mahasiswi UiTM ini apabila belajar dalam bahasa Inggeris. Sekaligus, mereka beranggapan ini penting, kerana memudahkan lagi tugas mereka untuk membuat rujukan. Justeru, apabila UiTM mengamalkan sistem pendidikannya 90% dalam bahasa inggeris. Ia telah meningkatkan peluang pekerjaan terhadap graduannya hanya kerana kemahiran mereka boleh bercakap dalam bahasa Inggeris. FFCrew yakin, proses pembelajaran dan pengjaran dalam bahasa inggeris ini penting. Tetapi, apa yang kerajaan harus buat sekarang adalah mengemaskan lagi sistem pembelajarannya. Mungkin cara kita mengajar dan sistemnya membuatkan ramai adik-adik FFCrew yang sedang belajar di bangku sekolah ini keciciran dalam subject sains dan matematik. Ada kelemahan disitu yang perlu ditingkatkan. Sewaktu perbincangan FFCrew bersama dengan keluarga FFCrew… kami mencadangkan agar kerajaan dapat mengeskpot guru-guru berbangsa inggeris terutamanya dari U.K atau U.S untuk mengajar adik-adik FFCrew di bangku sekolah ini dalam subject sains dan matematik. Konsep ini telah diamalkan oleh kerajaan british dahulu di Tanah Melayu. Cuba kita tanya dengan ayah dan ibu kita. Kita bangsa Melayu harus faham, kita perlu menguasi bahasa lain. Menguasi bahasa lain pada pendapat FF crew bukan untuk meninggalkan bahasa ibunda kita iatu Bahasa Melayu, tetapi untuk meningkat darjat bangsa kita sendiri. Kalau kita tengok kaum Cina mengusai tiga bahasa sekaligus iaitu, Bahasa Mandarin (bahasa ibunda), Bahasa Inggeris, dan Bahasa Melayu. Kaum india juga sama dengan kaum cina yang menguasai 3 bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan Bahasa Tamil (Bahasa Ibunda). TETAPI, bangsa melayu tidak sanggup untuk menerima bahasa lain sebagai salah satu bahasa dalam pembelajaran. Ditakuti bahasa Melayu akan hilang. Selama ini, tidak pun hilang bahasa tamil dan cina setelah mereka menguasi bahasa tersebut. FFCrew memang berharap agar kita dapat kuasi bahasa orang lain dengan baik. Kerana menguasai bahasa adalah penting. Kita tak tahu, sebagai contoh apabila kita menaiki lif dengan kaum lain. Kaum lain sibuk berkata-kata dan tergelak-gelak sambil memandang kita. Adakah mereka sedang memperkecilkan kita atau tergelakkan kita. Kita berdiam diri sahaja dalam lif itu kerana langsung tidak faham apa yang diperkatakan. Kalau kita faham sudah tentu kita akan membalas dengan apa yang diperkatakan. Isyh, FFCrew sebenarnya sedang dalam proses pembelajaran dan pemahaman Bahasa Cina. Kerana FFCrew berharap, satu hari nnt FFCrew akan mudah bersama dengan kaum cina. Sekali gus FFCrew dapat menguasi ekonomi Negara dengan monopoli perdadangan di tanah air FFCrew sendiri dan membantu bangsa FFCrew yang BETUL-BETUL semangat untuk memajukan diri sendiri untuk bersama menguasi ekonomi Negara FFCrew. (Penggunaan bahasa bangsa hanya ditujukan khas untuk Bangsa Melayu. Manakala Kaum adalah untuk kaum cina, india dan lain-lain

2 orang yang membebel:

  1. Anonymous said...
     

    kalau anda ada peluang ke sekolah di pedalaman and see for yourself how the pupils were coping with it, then maybe you will understand why some teachers don't think it's a good idea

  2. FFCrew Team said...
     

    ump... tah la.. itu sebab kita tidak berusaha untuk menambahbaikan diri kita sendiri.

    Melayu kene kuat beb... x leh cepat putus asa. jangan berfikiran negatif

Post a Comment