[fikirfakta Note] Pendatang ohh pendatang

Pendatang tanpa izin adalah masalah bukan sahaja di Malaysia, tapi di kebanyakan negara Maju di seluruh dunia. Terutamanya negara yang kukuh struktur kewangannya dan menjadi "emas" kepada negara-negara pendudk miskin. Kehadiran mereka tanpa diundang seringkali mendatangkan masalah kepada negara berkenaan seperti masalah ekonomi, sosial dan penyakit.
Penulisan FFCrew pada hari ini bertujuan untuk mengajak anda semua menyingkap kesusahan dan ketabahan mereka yang digelah "pendatang haram"
Di Malaysia, tidak kurangnya masalah pendatang tanpa izin adalah salah satu masalah yang besar untuk negara. Ribuan pendatang asing, berjaya melepasi sempadan negara dan bekerja di Malaysia mencari peluang pekerjaan dari lubuk mana yang boleh asalkan, dapat menampung keluarga di kampung. Dan, ada juga yang datang ke Malaysia untuk dan membawa jenayah di Malaysia kerana mungkin itu jalanya untuk mereka mengaut keuntungan.
Di US, pendatang sanggup berjalan merentasi gurun sahara untuk datang dan tinggal di US. Berjalan kaki membawa barang-barang larangan seperti dadah, dan menyeludup manusia keluar daripada U.S adalah menjadi masalah kepada negara tersebut. Mereka sanggup berjalan dan kekurangan air sering menjadi masalah besar bagi mereka. Kerana mereka bukan berjalan dalam masa 1 hari, tetapi mereka berjalan untuk perjalanan yang bermingu-minggu dan berhari-hari. 100km adalah jarak perjalanan yang sudah sangat dekat bagi mereka.
 
Tadi di TV 1, menceritakan documentary berkenaan dengan kawalan keselamatan negara US yang ketat, tetap dapat dibolosi oleh pendatang tanpa izin untuk bekerja di situ. Mereka kebanyakkan rakyat Mexico. ada yang datang untuk tujuan baik seperti bekerja, mencari rezeki untuk anak dan keluarga lain. Dan ada juga yang datang mengambil kesempatan untuk mencari keuntungan dengan menghantar bekalan dadah kenegara maju tersebut.
Ternyata, US juga tidak dapat mengawal sempadannya yang besar itu.
Hayati lirik lagu warisan {anak kecil main api} ini.
Indahnya bumi kita ini,
warisan berkurun lamanya, 
hasil mengalir ketangan yang lain
Pribumi merintih sendiri.
Lirik lagu ini sebenarnya menyatakan bahawa, negara kita ini sebanrnya seperti sebuah lubuk emas bagi mereka yang dapat "melihat"nya. Antara mereka yang dapat melihatnya adalah pendatang asing yang ada diantara mereka yang telah mendapat kerakyatan di negara kita. Mereka bersemangat untuk datang ke Malaysia, walaupun kos datang Malaysia ini sebenarnya tinggi dan amat tidak berpatutan. Mereka tetap datang. Kerana emas ada dimana-mana sahaja di Malaysia tidak seperti di negara mereka.
 
Adalah sedihnya, mereka dapat melihat lubuk emas dinegara kita. Bagaimana pula dengan kita? Adakah kita sedar bahawa negara kita adalah lubuk emas. Ataupun, kita biarkan sahaja mereka itu mengambilnya. Jika anda sedar, kenapa masih banyak menganguran di negara kita. Anak-anak muda tidak bekerja. Melepak dan menghabiskan waktu malam dengan berpoya-poya.
 
Ambiklah semangat pendatang yang berani dan cekal. Tanamkan dalam jiwa anda. Kalau mereka boleh datang ke negara kita. Dan mereka boleh berjaya.  Anda yang dilahirkan di Malaysia, tinggal di Malaysia, warganegara Malaysia tidak bolehkah anda menjadi begitu?
 
Fikirkanlah, jikalau mereka berjaya menjajah negara kita. Kita sudah tiada tempat lain untuk tinggal. Carilah laut untuk dijadikan negara milik orang Melayu.

0 orang yang membebel:

Post a Comment